Proses Dan Teknik

CARL ROGERS BERSAMA  KLIENNYA....



Proses dan teknik.

Menurut Hansen , stevic and warner (1989), kaunseling pemusatan insan mengendalikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang , matang dan mencapai atau menu kea rah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan terapeutik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klient untuk menuju kearah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.
Menurut Gelso and Carter 1985) dan Henry, Schacht and Strupp(1986), hubungan kaunselor dengan klient dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi.. dalam perhubungan kaunseling , komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masaalah. Roger (1986) menyarankan tiga suasana yang fasilitatif iaitu.
      a. Ketulinan sebenar atau kongruen.
      b. Penerimaan positif tanpa syarat
      c. Mempunyai kefahaman empati.
Roger dalam othman Mohamed (2005) menjelaskan sekiranya wujud dalam suasana psykologikal itu perhubungan antara kaunselor- klien yang menumpukan penerimaan positif dengan keredaan kaunselor terhadap kliennya: keikhlasan, ketulinan diri dan kongruen dan kefahaman yang empati oleh kaunselor tentang rujukan klien, maka suatu perubahan personality akan berlaku terhadap diri klien.


Kongruen.


Rogers (1959) mempercayai kekongruenan adalah asas paling penting yang meningkatkan perkembangan terapeutik klien.Kongruen , mengikut Rogers ialah apabila kaunselor menjadikan dirinya sebenar tanpa berselindung atau memakai topeng semasa sesi dijalankan. Kaunselor bersifat ikhlas, tidak berburuk sangka, tidak bersifat meragu- ragu dantidak berpura-pura terhadap ahli-ahli kelompok.Kaunselor yang bersifat tulin tidak ada membuat sebarang usaha untuk menyembunyikan diri di sebalik diri peranan professional atau tugasannya. Kaunselor boleh melibatkan diri dalam kaunseling secara tulin dantidak berpura-pura, semakin tinggi kongruen itu kemungkinan klient akan berubah dan berkembang. Apa yang dilahirkan secara luaran mestilah kongruen dengan pengalaman dalaman kaunselor. Kekongruen ini perlu dilakukan sepanjang sesi kaunseling. Dalam usaha untuk mengekalkan tahap kongruen yang tinggi , kaunselor perlu mempunyai kesedaran, penerimaan dan kepercayaan yang tinggi terhadap klient. Oleh itu tahap kongruen klient banyak bergantung kepada kebolehan dan keupayaan kaunselor untuk mengelakkan tahap kesedaran diri yang tinggi.Kaunselor bersifat telus kepada klient untuk melahirkan pemikiran dan perasaan sendirinya.Kaunselor yang kongruen juga perlu menjadi dirinya yang sebenar.Sebarang perasaan berlaku tanpa sekataan.Kaunselor diminta untuk menolak sebarang cubaan untuk berselindungan di sebalik topeng professional atau sebagai seorang yang pakar.

Penerimaan positif tanpa syarat
Penerimaan positif tanpa syarat membawa maksud menerima klient tanpa mengira syarat yang tertentu.Keadaan ini menyumbang kepada perkembangan kendiri manusia secara menyeluruh dan bersepadu.
Penerimaan positif tanpa syarat adalah apa yang diberikan kepada sikap asas kaunselor terhadap klient . kaunselor yang menerima tanpa syarat sangat menghargai menghargai diri klient dan tidak terpengaruh dengan tingkah laku klient. Sikap ini terjelma dalam penerimaan kaunselor ke atas diri dan juga sikap klient.Sikap ini terjelma dalam penerimaan kaunselor ke atas diri dan juga sikap klient. Penerimaan positif tanpa syarat adalah penting kerana kaunselor menghargai klien tidak kira dalam apa keadaan pun. Penerimaan positif tanpa syarat kaunselor juga mempunyai kesan yang mendalam ke atas diri klien. Ia adalah satu perasaan ambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh perasaan berat sebelah atau penilaian perasaan atau tingkah laku klient. Kaunselor tidak menerima sebahagian dan menolak yang lain .kesemuanya diterima .


Empati
Empati adalah kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujukan atau dunia klient dan membenarkan diri klient mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klient. Proses empati juga berlaku apabila kaunselor memahami dan menghayati perasaan klient. Apabila sifat empati wujud dalam dirinya, kaunselor sudah pasti dapat membuat penerokaan dan memahami keadaan diri klient dengan lebih mendalam. Mendor dan Roger (1979) merujuk empati kepada persepsi kerangka rujukan dengan komponen emosi dan makna tanpa hilang “if condition”.
Kaunselor melaksanakan teknik empati sepanjangempati sepanjang rawatan .bagaimanapun , kebolehan kaunselor untuk bersifat empati adalah pentin semasa sesi penerokaan di mana kebolehan kaunselor memasuki rung rujukan atau dunia klient akan berupaya memahami keadaan klient dengan libiuh mendalam. Empati adalah satu proses yang berterusan di mana kaunselor sanggup mengetepikan pengalaman dan reality persepsi dirinya. Kauselor lebih berminat untuk membari tindak balas kepada pengalaman perspective klient itu sendiri. Sifat emapti ini menunjukkan pemahaman kaunselor terhadap klient.
Wan Abdul Kadir Wan Ahmad (1994) menjelaskan bagi Roger untuk mencapai satu perhubungan yang boleh mara kehadapan ada enam syarat penting yang perlu diutamakan iaitu:
1.     Dua insan berada di dalam perhubungan psikologi
2.     Insan pertama yang kita gelarkan sebagai klient berada dalam keadaan tidak kongruen , mudah terpengaruh atau bimbang.
3.    Insan kedua yang bergelar sebagai kaunselor adalah kongruen dan bersepadu didalam perhubungan.
4.    Kaunselor menerima klien tanpa bersyarat.
5. Kaunselor mengalami kefahaman empati terhadap rangka rujuk dalamann klient dan berusaha untuk menyampaikannya.
6. Usaha kaunselor untuk menyampaikan kepada klient akan kefahaman empatik dan penerimaan tanpa syarat tercapai setidak-tidaknya sedikit.
Mengikut Roger dalam Wan Kader Wan Ahmad (1994) jika kesemua syarat di atas terdapat di dalam proses kaunseling dan berterusan untuk beberapa waktu , maka syarat- syarat tidak perlu untuk perubahan personaliti.
Beberapa kajian telah menunjukkan kaunseling pemusatan insan yan dicadangkan oleh Roger (1937) (1951) adalah sesuai untuk mengalakkan peningkatan penyesuaian psykologikal pada diri klient.Melalui kaunseling pemusatan insan , klient telah meningkatkan penghargaan kendiri (corsini carkhuff), kajian- kajian telah megesahkan kepentingan sumbangan empati , penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Satu ciri utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatkan tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor (Bammer dan Shosstrom, (1982)


1.Penerimaa positif tanpa syarat
2.empati.
3.ketulenan.
4. aktif mendengar dan berfikir.
Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klient bahawa kaunselor sedang mendegar dan menggalakkan klient untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh membantu untuk merangka satu ketetapan yang lebih memuaskan .corsini and wedding (1989) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor berkerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah
iaitu:
      1. Parafrasa
parafrasa bermaksud kaunselor mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah di katakan sesuatu yang penting oleh klien seperti:
-'apa yang saya faham'...
-'dengan kata lain'

      2. Penjelasan
penjelasan maksudnya bertanya soalan untuk mendapat penjelasan agar kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. tujuannya ialah memahami dari konteks bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap satu masaalah.


      3. Maklum balas
     sewaktu temu bual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kaunselor berkongsi apa yang di fikirkan, di rasakan dan untuk menyemak persepsi. kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsi ke dalam persepsi tentatif.

      4. Kongruen
      5. Mendegar untuk merasa
      6. Menghormati
      7. Penerimaan yang mesra
      8. Konfrontasi
selanjutnya sila rujuk .....
<><><><> <> <><><><> <><><><><> <> <><><><> <> <><><><> <><><><><> <> <><><><> <>
Title: Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Author: Sapora Sipon, Dr.; Ruhaya Husin




 

tEoRi pEmuSataN iNsAn. Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting