Monday, 14 May 2012

Posted by sweet teenagers at 07:27 1 comments

Thursday, 10 May 2012

Posted by sweet teenagers at 07:06 1 comments

Saturday, 3 December 2011

APA ITU KAUNSELING?

Posted by sweet teenagers at 06:39 1 comments


Apa itu kaunseling?

  • Kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
  • Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.




Objektif Kaunseling

1. Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.

2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.

3. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.

4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.

Matlamat kaunseling


(1) Mengubah tingkah laku kepada kehidupan yg lebih produktif/memuaskan.


Contohnya: Ali suka lumba haram motosikal di jln raya.Kaunseling boleh membantunya mengubah tingkah laku yg bahaya ini spt menggalakkan minat Ali spy berlumba di litar lumba motosikal.

(2) Memulakan dan meneruskan hubungan positif.


Cth:Lina rasa diabaikan suaminya.Dia marah dan kecewa. Kaunseling boleh membantu Lina berkomunikasi dgn suaminya perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan dan mencapai penyelesaian.

(3) Mengurus kendiri dgn efektif apb dlm kesulitan


Cth: Koh kehilangan ibunya.Pelajarannya tergugat.Kaunseling boleh membantu Koh menerima kehilangannya dan mengurus pembelajarannya.

(4) Membuat keputusan Rasional.


Cth:Devi tidak tahu bidang pengkhususan mana patut diambil di peringkat universiti. Kaunseling boleh membantu Devi dgn mengenali diri dan minatnya.

(5) Bantu Klien Berkembang secara positif dan mencapai potensi/minat.

Cth Man minat melukis. Ibu bapaya suruh masuk aliran sains yg dia tak minat. Kaunseling boleh bantu capai resolusi man dan ibu bapanya.



Teori Pemusatan Insan



APA ITU TEORI PEMUSATAN INSAN....

Teori pemusatan insan pula melihat manusia mampu berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai dan hormat-menghormati. Manusia memang dari mula lagi mempunyai kecenderungan untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah kesempurnaan sendiri. Bagi membolehkan manusia berkembang mesti wujud tiga perkara iaitu kekongruenan, empati beserta kefahaman yang mendalam dan menerima tanpa syarat.

Teori pemusatan insan menekankan pemusatan diri klien sendiri iaitu menekankan kepada sikap positif kaunselor dan penerimaan diri. Teori ini menekankan penerimaan hakikat diri (klien) di dalam konteks yang sedia ada. Biasanya masalah timbul apabila klien enggan menerima hakikat dirinya yang sebenar dari segi psikologi, kekuatan fizikal, mental, keintelektualan, kebolehan menyesuaikan diri dan berinteraksi.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK BUKU DI BAWAH:



Title: Teori Kaunseling dan Psikoterapi
Author: Sapora Sipon, Dr.; Ruhaya Husin
Abstract: Buku ini membincangkan mengenai teori kaunseling yang sering menjadi pegangan kepada pengamal dalam bidang kaunseling. Teori yang membincangkan ialah teori psikoanalitik, teori gestalt, rasional emotif tingkah laku, teori realiti, teori analisis transaksional, teori tingkah laku dan teori pemusatan insan. Buku ini turut membincangkan pendekatan yang lebih terkini seperti terapi Asia, terapi eklektif teknikal dan pendekatan Islam dalam kaunseling dan psikoterapi. Subtajuk seperti latar belakang pendekatan dan tokoh, pandangan teori terhadap kejadian manusia, konsep-konsep utama, matlamat teori, teknik-teknik, peranan kaunselor dan klien, sumbangan dan limitasi dan rumusan bagib setiap teori turut dibincangkan. Buku ini sesuai menjadi bahan rujukan kepada pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi di dalam bidang kaunseling.



Date: 2008









Wednesday, 30 November 2011

The touching messages..Carl Rogers..:)

Posted by sweet teenagers at 16:48 1 comments



LET SING TOGETHER....:)...


Verse 1 -
Home, but you still feel alone,
It's a dark place where we roam.
Help, is on the way they say,
But I wonder.

Verse 2 -
Shown, your ignorance is known,
All you care for is your own.
Change, can words convince you now,
We can fix this.

Chorus -
Imagine if life was fair,
That would put a smile on my face,
I'm gonna say a prayer,
'Cause this world is such a disgrace.
Posted by sweet teenagers at 02:03 2 comments
sYoOknYeee.....DAPAT BELAJAR SAL CARL ROGERS...bEEsT....
 

tEoRi pEmuSataN iNsAn. Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting