Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park,
Chicago dan meninggal dunia pada 4 Februari 1987
semasa berumur 85 tahun selepas menjalani pembedahan
tulang punggungnya yang patah akibat satu kemalangan.
Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera.
Kedua-dua ibu bapanya sangat berpegang kuat kepada
agama. Keluarganya sangat rapat dan adik beradik Rogers
adalah seramai 6 orang. Lima daripada mereka adalah lelaki.
Pencapaian akademiknya di sekolah sangat baik
dan pada tahun 1919, dia memasuki Universiti Wisconsin.
Di universiti beliau mengambil bahagian dalam pelbagai
aktiviti, termasuk rombongan ke China sebagai
perwakilan dalam World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat ijazah
pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima ijazah kedoktoran pada tahun
1931.
Untuk maklumat yang selanjutnya sila rujuk buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi karangan Prof
Madya Datin Sapora Sipon, Ruhaya Hussin, Universiti Sains Islam Malaysia.
NAK TENGOK IMEJ CARL ROGERS??
BUKU-BUKU KARANGAN CARL ROGERS...