Tips menguruskan stress Menurut Islam
TERDAPAT beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1 ) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
2 ) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3 ) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4 ) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5 ) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6 ) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7 ) Amal diet dengan disiplin yang kuatPengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8 ) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9 ) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10 ) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
8 Perkara Yang Boleh Di Lakukan Utk Menghilangkan "STRESS" atau "TEKANAN FIKIRAN" menurut psikologi ISLAM
mUsLImaH sEpertI pOHon sEMalU..
"Cuba tengok pokok ini. Apa nama pokok ini?" Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.
"Pokok semalu." Semua serentak menjawab.
"Wah! Pandai adik-adik ini. Siapa tahu apa kelebihan pokok semalu?" Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan daripadanya.
"Hmm. Susahlah soalan itu. Oh,ye. Zaki rasa, mungkin sebab ia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni pada Zaki." Zaki dengan beriya menjawab soalan gurunya itu.
"Hehe...Aduhai...comel sungguh adik Zaki ini. Betul juga jawapan itu. Untuk pengetahuan semua, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya 'Mimosa Pudica' ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ini? Boleh bagi contoh, Siddiq?"
Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia seolah-olah tidak memberikan perhatian. Mungkin kerana umurnya lebih tua dari adik-adik Darul Izzah yang lain. Tingkatan lima. Sangat remaja.
"Hmm...Bagi saya. Pokok semalu ni macam perempuan!" Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Hairan dengan jawapan itu.
"Wah, bagus jawapan itu. Cuba Siddiq terangkan." Faris Haikal teruja dengan jawapan anak muda itu. Mungkin dia sedang cuba memahami sesuatu tentang dunia kini.
"Yelah, perempuan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok semalu ini kalau kita tengok, apabila kita sentuh, ia tertutup. Ini menunjukkan ia nak melindungi dirinya. Tapi, perempuan zaman sekarang tidak tahu malu!" Bukan main marah dan bertegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.
"Betul! Pokok semalu ini pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan ada sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya." Faris Haikal mengukir senyuman. Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.
"Oo..tapi, kalau pokok semalu ini sudah tutup tapi orang ingin memegang juga macam mana?" Aiman dari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum.
"Tangan orang itu akan terluka sebab pokok semalu ada duri!" Faris Haikal menangkis hujah Aiman.
"Jadi, kalau orang itu cabut juga pokok ni?" Aiman seperti mahu melontar provokasi.
"Dia akan dihukum Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaan-Nya!" Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepa tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya.
Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan pengajaran yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing berfikir tentang ilmu alam. Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermakna buat manusia sejagat.
Peliharalah aurat kita wahai muslimah, pelihara ia dengan sebaiknya.
KAU DAN AKU...
Dahulu, hidupku hanya untuk dia.. dahulu, kami pernah bersama memandang ke arah bulan dan bercerita dengan riang. ku cuba cari keindahan yang pernah di perkatakan orang. ku terus mencari.. namun secebis bahagia pun tidak ku temui.. saat kami berjalan bersama, berpimpin tangan, ku rasa bangga sekali.. namun, keindahan itu, tidak jua ku temui.. kami bercerita segalanya yang indah belaka.. namun, jauh di dasar hatiku, ku akui bahawa segalanya tidak indah.. namun, ku nafikan ia.. ku pura2 bahagia.. hubungan kami bertahan kira2 empat tahun lamanya.. setiap bulan, kami meraikan ulang tahun hubungan kami.. kami melakukan ape yang manusia kini lakukan.. betapa aku menyedari bahawa betapa bodohnya aku menghambakan diri pada nafsu..
demikian indahnya hubungan kami dengan warna2 syaitan.. masa terus berlalu. jodoh aku, juga jodoh kamu sudah di sediakan di loh mahfuz.. dan suatu petang yang hening, aku telah di beritahu oleh mama dan papaku tentang jodohku yang sudah pun mereka rencanakan.. dan aku ketika itu sedang menunggu peperiksaan akhir aku di london.. dengan kuasa Alllah, aku berjaya menamatkan pelajaranku dengan senyuman yang tak dapat aku tahan.. sesampai sahaja aku di malaysia, kaum kerabatku sudah menunggu aku di lapangan terbang. london, banyak mengubah aku. siapa bilang ingin menjaga iman itu senang??
aku pulang dengan watak yang sangat berbeza. dahulu, aku remaja nakal dan sekarang kenakalanku semakin menjadi2 jadi.. apatah lagi apabila berada di luar dari jagaan ibu bapa.. sepulangnya aku, perkahwinanku di percepatkan.. mataku terbeliak saat memandang bakal suamiku. alangkah terkejutnya aku. saat itu, ku rasa diriku terlalu kerdil untuk menerima lelaki sebaik dia. sebelum perkahwinan itu berlangsung, aku terlebih dahulu memutuskan semua hubunganku dengan mana2 lelaki. kebosananku melimpah ruah saat kata2 manis mereka hamburkan. dan aku tekad untuk mengakhiri masa bujangku dengan menerima lamaran lelaki yang dalam beberapa saat lagi akan menjadi suamiku..
hidup kami ku jalani seperti biasa. banyak yang ku belajar darinya. solat yang ku tinggal, kini ku penuhi. dan suatu masa saat ku bersiap untuk tidur, dia mengajakku untuk berbual di ruang atas yang hanya berbumbungkan langit..masya Allah, indah sekali ku rasakan..angin terasa bagai menyapa kami. tangannya memegang tanganku. aku melihat wajahnya. 'kau berhak dapat yang lebih baik daripada aku. tapi mengapa aku yang kau pilih?' kata-kata itu hanya kedengaran di mindaku.
"ada yang perlu awak tahu tentang diri saya", dia memulakan bicara. matanya yang hitam pekat itu ku tenung sedalam-dalamnya. terdengar keluhan perlahan darinya.
"apa?sebelum tu, bolehkah saya bertanya? mengapa awak memilih saya? sedangkan awak sendiri dapat lihat saya ini bagaimana orangnya.?" aku bertanya soalan yang sudah lama ingin aku tahu jawapannya.
"kerana awak adalah saya, dan saya adalah awak."
"maksud awak?" aku jadi kebingungan. "sebelum tu, saya mohon maaf dan mohon agar awak tidak tinggalkan saya seandainya saya beritahu tentang diri saya." saya cuma mengangguk perlahan. rasa ingin tahu meluap-luap, sehingga tidak menyedari bahawa saya sudah menerima permohonannya.
"saya pernah berzina."aku terkedu. saat itu juga aku menangis. dengan tersedu sedan, aku menghabarkan sesuatu yang dia juga perlu tahu sejak dulu.
"benarlah kata-kata Allah, bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan laki-laki yang jahat untuk perempuan2 yang jahat...." aku menarik nafas panjang dan meneruskan bicaraku. "...aku juga pernah berzina.. maafkanku..." dia menggenggam jemariku. dan menarik aku ke dalam pelukannya.
"dan kita di jodohkan sesuai dengan janji Allah.." aku terus menangis dalam pelukannya kerana terharu yang teramat sangat... terima kasih Ya Allah...